MOHON DI SINI

Sistem Smart DUN merupakan suatu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk membantu masyarakat terutama golongan yang berpendapatan rendah bagi memohon bantuan di Pusat Khidmat Masyarakat atau Pejabat ADUN di Negeri Selangor. Ia juga merupakan suatu sistem pengurusan aplikasi bagi mengurus proses permohonan bantuan sumbangan kemasyarakatan di Pejabat ADUN Selangor.

Sistem Smart DUN merupakan one stop centre secara atas talian yang berbentuk portal direka untuk memudahkan pendaftaran dan semakan permohonan bantuan sumbangan kemasyarakatan kepada rakyat. Maklumat permohonan untuk semua program bantuan disimpan dalam satu data berpusat dan sedia untuk penganalisaan data raya secara "real time" seterusnya dapat mengenal pasti kumpulan sasaran penerima bantuan.

Sistem Smart DUN dibangunkan bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan bantuan sumbangan kemasyarakatan secara atas talian dan secara tidak langsung menjimatkan masa proses permohonan.

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Kelayakan terperinci akan ditentukan sendiri oleh Pegawai Pejabat DUN.

Permohonan juga boleh dilakukan secara walk-in di Pusat Khidmat Masyarakat dengan mengisi Borang Permohonan yang disediakan.

Pada Fasa 1 ini, ianya hanya terbuka kepada 5 DUN sahaja iaitu Bukit Melawati, Sungai Tua, Kinrara, Seri Setia, dan Banting. Walau bagaimanapun, permohonan secara atas talian tidak terbuka kepada DUN Banting dan ianya hanya boleh dilakukan secara walk-in sahaja.

Ya. Permohonan ini boleh dibuat dengan memilih permohon kategori “Wakil” .

Ya. Permohonan masih boleh dibuat bagi kategori “Individu” sekiranya anda tidak mempunyai emel. Walau bagaimanapun, pemohon sangat digalakkan untuk mempunyai emel sendiri bagi memudahkan sebarang pemakluman berkaitan permohonan yang dilakukan.

Anda boleh menghubungi Pegawai Pejabat ADUN masing-masing untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan Sistem Smart DUN. KLIK DI SINI untuk melihat senarai Pejabat ADUN masing-masing.