MOHON DI SINI

Latar Belakang

Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) diperuntukkan dengan jumlah wang tunai tetap yang boleh diagihkan kepada rakyat (hanya di kawasan masing-masing) sebagai bantuan kewangan yang dikawal oleh satu set kriteria seperti yang ditakrifkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Proses permohonan dan kelulusan semasa adalah secara manual dan tidak mempunyai keupayaan untuk menjejak dan memantau status permohonan dengan mudah, kelajuan permohonan dan analisis permohonan disebabkan data disimpan di atas kertas dan tidak dikongsi secara berpusat dengan Pejabat ADUN, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Inisiatif ini bertujuan untuk membangunkan sistem pengurusan aplikasi bagi mengurus proses permohonan bantuan kewangan di Pejabat ADUN Selangor. Penyelesaian digital untuk inisiatif ini pada mulanya akan digunakan di lima (5) Pejabat ADUN Selangor sebelum pelancaran yang lebih meluas kepada 51 Pejabat ADUN yang lain sebaik sahaja ia berjaya memenuhi satu set kriteria operasi.

Objektif

Mengurangkan tempoh masa proses permohonan bantuan kewangan bagi Pejabat ADUN sebanyak 50% dan mendigitalkan proses permohonan dan penyediaan dokumen sebanyak 80% dari kadar pemprosesan sekarang.

Visi Dan Misi

Visi dan Misi Kerajaan Negeri Selangor adalah dengan mengutamakan kebajikan rakyat disamping meningkatkan efisiensi pengurusan di pejabat dun serta memudahkan proses permohonan rakyat.